Thursday, 31 May 2012

thanks for the pizza :)

"Tanggal.. 31.. bulan.. lapan.. 57.. merdeka.. merdeka.. tetaplah merdeka.. ia tetap menjadi sejarah...."
 hurm.. betul ke lirik lagu tu erk.. main hentam je.. HAHA.. sebenarnya bukan nak cerita pasal kemerdekaan pun.. saje je tu.. kasik smgt sikit nk bace.. haha

Hari ini, bertarikh 31 Mei 2012, setelah sekian lama tidak ku jejakkan kaki ke PIZZA HUT.. sampai jugak aku kat sini.. dah bertahun rasanya tak sampai sini.. last pun masa sekolah dulu yang tak pasti entah form berapa tah..

Masuk je dalam tu... krikk.. krikk.. krikk.. eh? bunyi ape tu? iklan sebentar.. cengkerik lalu.. HAHA.
tau tak.. masuk dalam tu.. takde orang langsung.. nak kata tutup.. baru pukul 5 lebih.. eh.. pizza dah tutup ikut waktu pejabat ke? HAHA. pelik nih. satu mahluk pun takde. tapi orang keje situ ada lah.. cuma customer je takde.. kalau takde orang keje.. elok nye tutup je.. 

lepas tu apa yang lebih-lebih lagi tak boleh blah nye tu.. dah kenapa pulak pasang lagu cam nk CANDLE LIGHT DINNER ni? konon2 dah reserve satu pizza tu lah.. bila dah tak pasang lagu tu.. dia pasang lagu jiwang yang amat berkarat lah pulak.. aduhh.. nak ikut tema ke ape?

entry kali ni tak sempat nak amek gambar.. kerana berlaku sedikit kekacauan semasa berada di sana.. 
ceyhh.. mcm ape je kan bunyi nye.. mcm ade pengeboman je kan.. haha.. tapi ada lah .. malu pulak nak cerita.. akhirnya tak sempat nk amek gambar.. HIHI..

then... haaa... aku keluar dengan siapa ye.. wahhh.. misteri nih.. cuba lah teka.. dah dapat teka belum.. anda ada lagi 10 saat.. haha.. takpe lah.. tak payah teka lah.. buat pening kepala je.. aku keluar ngan member aku. setelah beberapa rancangan kami untuk keluar gagal, dan hari ini adalah harinya.. HAHA..
nak sumbat gambar member nih.. tak ada pulak gambar dia.. *ceyh.. kalau ada macam nak letak je kan.. 

lastly, thank you ye sebab belanja... <3

ok lah.. penat dah menulis ni.. dah ada orang tak sabar nak baca.. hihi..

Wednesday, 30 May 2012

tekad baru, yeah!

tidak sampai dua minggu lagi, semester baru akan bermula. segala persiapan belum lagi aku persiapkan. apa tidak nya. tiada kesempatan untuk menyiapkan segala persiapan berikutan jadual waktu cuti semester sentiasa diisi dengan pelbagai perkara berfaedah mahupun tidak berfaedah.. HAHA.. tetiba je kuar ayat mcm penulis novel ni dah kenapa? over betul.. haha..

hurmm.. biasalah, sebelum tibanya sem tersebut azam semua setinggi gunung lah.. konon nye aku nak buat lagi baik dari sem sebelum ni. lepas tu.. dah naek sem 2 3 hari.. terbang segala tekad bagai angin lalu. haha.. percaya lah cakap aku.. dulu pun ada tekad gak nk belajar bersungguh-sungguh. tapi akhirnya ke lautan dalam juga result aku.. sebagai mengambil langkah menenangkan hati sendiri. aku cakap lah pada diri sendiri.. dah bukan rezeki aku. nak buat macam mana.. BERSABARLAH WAHAI HATI.. HEHE.. 

4.00 flat


tapi, tadi tengok senarai nama kelas yang dah di keluarkan.. apa lah seyh.. mana kawan aku? apsal aku tinggal sorang2? why? why? why? itu jelah yang aku mampu luahkan lepas tengok senarai nama tu..  memang yang lain pun kawan, tapi mengapa perlu rakan sepermainan sepembelajaran aku yang harus dipisahkan.. maka terkulat-kulat sampai berlalat lah aku keseorangan dan kesepian.. chewwwahhh.. over gila kan ayat.. hak333..
ALLAH TAKKAN UJI KALAU HAMBA DIA TAK MAMPU. hanya boleh berpegang kepada kepercayaan ini. aku kuatkan dan tabahkan hati yang sangat kecil ini.. sampai bila nak bergantung dengan kawan-kawan. mungkin dah tiba masa untuk aku berdikari. BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI. *boleh ke? sama-sama kita saksikan.. hehe..

situasi di dapur pada petang yang damai,

aku: ma, sem depan ni adik(panggilan kat rumah) nak belajar sungguh-sungguh!
mama: memang lah kena belajar sungguh-sungguh. kena buktikan..
aku: hurmmm.. okey..
mama: dah, lepas ni jangan nak mengayat-ngayat lagi..
aku: krikk.. krikk.. krikkk... 'mengayat? apakah?' haha

haha


kelakar lah mama ni. tapi penuh makna taw peringatan tersebut. tu maksud nya.. aku jangan nak dok menggatal tak tentu hala. belajar je lagi penting sekarang ni. semua yang lain tu tolak tepi.. sebab satu lagi amanat mama. AWAK BELUM MASANYA. aku pegang kata-kata mama tu..

seriusly, aku memang dah pasang azam lah.. do my best for the next sem.. wow! terus cakap omputih.. haha.. ok lah.. sampai disini saja ucapan saya pada hari ini.
sekian terima kasih.
harap anda semua turut mendoakan kejayaan saya.. AMINN..


Tuesday, 22 May 2012

MY TWIN TOWER :)

Pada hari yang berbahagia ini, ingin saya kongsikan kepada semua mengenai 'kakak' kembar saya. org panggil dy LYSSA. kami dilahirkan di dalam sebuah negara yang aman dan makmur. semestinya MALAYSIA tercinta. HEHE.. over pulak. ok2 mari kita teruskan. kami lahir pada hari dan masa yang berbeza. mengapa begitu? kata kembar.. sabar eh. nak bagitau lah ni. tapi sebelum tu korang tengok dulu, muka kita orang ni sama ke tak eh...

sama kah?

ok.. kita teruskan lagi. ramai yang mengatakan wajah kami serupa. pernah lah jugak kita orang usha muka kita orang depan cermin sama-sama. *sampai macam tu skali. HAHA. mula-mula tu dua2 macam.. erk? ape yang serupa nye?  pelik betul orang yg ckp muka sama ni.. namun begitu, apabila diamati lebih lama. ada lah sikit agak nye. sebenarnya dia ni, kawan sehidup semati aku lah kiranya. start kenal time daftar masuk U. kita orang sama course. DIPLOMA IN OFFICE MANAGEMENT. sesampai nye aku dalam dunia U ni. dia lah orang pertama yg aku tegur. first time nk tegur dia. cuak gak la.. ye ar. muka ganas macam 'kak yong' tuhh. tapi aku tabahkan jua hati yang berdegup kencang ini.. HAHA.



kita orang satu kelas. pernah sekali masa nak exam kat dewan yang agak besar lah jugak. kita orang dah kawtim nak anta kertas saing. maka datanglah pengawas peperiksaan dan tiba-tiba bertanya, "awak kembar ke? sambil menunjuk ke arah kami berdua.. HAHA.. kelaka betul lah. menyempat je nak taye. 

Nak dijadikan cerita tentang wajah kami yang 'sama' ini. adalah seorang hamba Allah telah menegur saya dengan riak teruja. saya agak terkesima dan hanya mampu tersenyum dengan situasi itu. 'eh, sape plak yang tegur aku ni?' tapi ckp dalam hati je lah. HAHA. aku seboleh-boleh nye nak cerna dalam otak aku. sape dia ni. tapi otak aku macam shot je. lepas tu aku tanya lah dengan si lyssa ni. "weiyh, kau ada kenal tak sorang bdk ni. bla. bla. bla". aku beritahu ar dia ciri-ciri bdk yang tegur aku tu. pastu lyssa ckp, "owh. budak tu. aku baru kenal dia hari tu. jmpe kat bstnd" ok.. fine.. WRONG NUMBER.. haha.. tapi bukan sekali taw bdk 2 kompius aku ngan lyssa.. then, ada satu hari tu.. dia nmpk aku dengan lyssa.. terus dia diam je. segan+takut salah orang agak nya. haha.

kesimpulannya, kami bukan adik beradik kembar. memang aku panggil dia KAKAK. sebab dia matang sikit lah dari aku.. HEHE.. banyak sebenarnya, bukan sikit. selalu jugak kena marah dengan dia..

ok2.. panjang pulak entry kali ni.. maaf lah ye.. terover panjang pulak.. 
thanks for giving your time. :)


Saturday, 19 May 2012

officially 'duta' for tutti frutti muar :)

wahh.. semangat nih.. almaklom lahh.. duduk dekat bandar yang tak berapa nak bandar.. jakun sikit lah bila dikhabarkan TUTTI FRUTTI nak bukak kat muar. hari isnin ari tu, ada jugak membe ajak gi serbu benda alah tu. tapi atas kekangan masa dan masa tu pun tengah puasa jadi tak dapat lah nk ikut mereka merasai keenakan TF tu.. tapi akhirnya.. setelah sekian lama mengidam. *mengidam kah? haha.. dapat jugak lah melawat ke tapak projek berkenaan semalam.. hehe.


ni lah hasil yang aku perolehi. apple+chocolate and bebola coklat ape tah, then strawberry yg amat masam, serta ape benda lah nama dia yg warna warni tu.. haha.. harga semangkuk yg aku beli ni lbey kurang RM12 lebih la.. tak ingat.. sebab orang belanja kan.. hehe.. THANKS KAKAK! :) yang kat bawah ni lah duta TF.. hehe..

sebelum makan.. bace doa dulu.. kemudian.. jemput makan cikgu! jemput makan kawan-kawan. haha.. terkenang zaman tadika kejap.. sebelum makan.. posing dulu.. orang ada kat sebelah pon dah tak dihirau nya.. maen snap je walau dimana jua anda berada.. 




ok.. makan dulu.. hehe.. hurm.. semalam beli dapat murah sikit lah. yelah.. baru bukak.. kira nak promote kan.. dpt lah 20% off.. tapi kalau hari biasa nanti.. untuk student 10% off. peringatan untuk semua.. rajin-rajinlah membawa kad matrik anda.. haha.. ok lah.. penat dah promote TF kat muar ni.. macam lah dyorang bayar aku promote kedai dy kan.. haha..

terima kasih meluangkan masa anda.. :)


Wednesday, 16 May 2012

keLepek! keLepek! 2 singgit 2 singgit!!

mau kelepek apa? banyak macam kelepek pon ada dijual disini.. haha..semalam balik kampung. lepas tu mama ckp nk singgah kedai kerepek yg kat tepi jalan tu.. ak pon ON je lah.. *ceyh.. mcm la ak yg bwk kereta.. padahal dok sebelah je.. maka masuklah aku ke dalam kedai tersebut..wahhhh!!!!bley tahan besar jugak lah kedai ni.. *takjub seketika.. HAHAHA
pelbagai jenis kerepek yang dijual disini.. haaa.. yang kat atas ni tak pasti lah apa nama dia.. nampak menarik je untuk diSNAP.. bukan main meriah lagi colour dy.. haha..

then, masa nak balik je dari kedai ni.. tetiba ada makcik yang menyapa... macam biasa laa.. tabiat orang kita.. STATE THE OBVIOUS.. "beli kerepek ke.......?" 'eh.. taklah makcik.. saya baru lepas tanam ubi nak wat kerepek' hehe.. ckp dlm ati je lahh.. tapi takpe, demi makcik yang aku tak kenal pun sebenarnya.. aku tetap hadiahkan makcik tersebut senyuman aku yang paling manis.. HIHI..

Tuesday, 15 May 2012

oh my blog.. :)

hari ini bertarikh 15 Mei 2012, secara sah nya saya telah melahirkan sebuah blog.  sebenarnya dah lama dah pun nak buat namun diatas kekangan masa dan tenaga, tidak terdaya untuk menghasilkan sebuah blog. tapi takpe lah.. AKHIRNYA.. muncul juga sebuah blog. thanks a lot to my sis yang kadang meracuni fikiran saya untuk buat blog. hehe thanks jugak pada akak sbb tolong wat promotion. blom ada pape lg dah promote..