Wednesday, 30 May 2012

tekad baru, yeah!

tidak sampai dua minggu lagi, semester baru akan bermula. segala persiapan belum lagi aku persiapkan. apa tidak nya. tiada kesempatan untuk menyiapkan segala persiapan berikutan jadual waktu cuti semester sentiasa diisi dengan pelbagai perkara berfaedah mahupun tidak berfaedah.. HAHA.. tetiba je kuar ayat mcm penulis novel ni dah kenapa? over betul.. haha..

hurmm.. biasalah, sebelum tibanya sem tersebut azam semua setinggi gunung lah.. konon nye aku nak buat lagi baik dari sem sebelum ni. lepas tu.. dah naek sem 2 3 hari.. terbang segala tekad bagai angin lalu. haha.. percaya lah cakap aku.. dulu pun ada tekad gak nk belajar bersungguh-sungguh. tapi akhirnya ke lautan dalam juga result aku.. sebagai mengambil langkah menenangkan hati sendiri. aku cakap lah pada diri sendiri.. dah bukan rezeki aku. nak buat macam mana.. BERSABARLAH WAHAI HATI.. HEHE.. 

4.00 flat


tapi, tadi tengok senarai nama kelas yang dah di keluarkan.. apa lah seyh.. mana kawan aku? apsal aku tinggal sorang2? why? why? why? itu jelah yang aku mampu luahkan lepas tengok senarai nama tu..  memang yang lain pun kawan, tapi mengapa perlu rakan sepermainan sepembelajaran aku yang harus dipisahkan.. maka terkulat-kulat sampai berlalat lah aku keseorangan dan kesepian.. chewwwahhh.. over gila kan ayat.. hak333..
ALLAH TAKKAN UJI KALAU HAMBA DIA TAK MAMPU. hanya boleh berpegang kepada kepercayaan ini. aku kuatkan dan tabahkan hati yang sangat kecil ini.. sampai bila nak bergantung dengan kawan-kawan. mungkin dah tiba masa untuk aku berdikari. BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI. *boleh ke? sama-sama kita saksikan.. hehe..

situasi di dapur pada petang yang damai,

aku: ma, sem depan ni adik(panggilan kat rumah) nak belajar sungguh-sungguh!
mama: memang lah kena belajar sungguh-sungguh. kena buktikan..
aku: hurmmm.. okey..
mama: dah, lepas ni jangan nak mengayat-ngayat lagi..
aku: krikk.. krikk.. krikkk... 'mengayat? apakah?' haha

haha


kelakar lah mama ni. tapi penuh makna taw peringatan tersebut. tu maksud nya.. aku jangan nak dok menggatal tak tentu hala. belajar je lagi penting sekarang ni. semua yang lain tu tolak tepi.. sebab satu lagi amanat mama. AWAK BELUM MASANYA. aku pegang kata-kata mama tu..

seriusly, aku memang dah pasang azam lah.. do my best for the next sem.. wow! terus cakap omputih.. haha.. ok lah.. sampai disini saja ucapan saya pada hari ini.
sekian terima kasih.
harap anda semua turut mendoakan kejayaan saya.. AMINN..


No comments:

Post a Comment