Sunday, 1 December 2013

Tips- tips tatkala Mengusha dan Diusha.

hai. assalamualaikum.

hari ni, saya nak share assignment masa diploma dulu. *acah2 dah lama beno je*

dulu ada kena buat final project CSC134 kalau tak silap. kes takde idea, so tajuk final project tu CRUSH. tak menahan je present benda tu. haha. tapi seingat saya lah, not bad juga tau markah sir bagi. 9.2/10. tak ok ke. ok lah bagi saya. hahaha

WHAT IS CRUSH. candy crush ke? no no no. kadang2 crush ni boleh jadi kte punya classmates ataupun senior kte. haha macam ada pengalaman je. macam ada je. haha ni saya bagitau korang, korang jangan bagitau sesiapa tau. ioollss pun pernah ada jugak. pernah lah. sekarang takde dah. haha shhhhhh.. jangan bgtau orang lain. hahahahaha

kalau korang tak tau apa nak buat kalau tiba2 je korang suka someone tu. ni lah apa yang korang perlu buat. share dengan member pun ok, kalau dgn parent pun boleh. tapi selalunya kalau crush ni, iol share dengan member lah. walaupun kadang2 ada juga yang mama tau. hahaha and yang paling penting my crush zaman sekolah pun, mama ingat lagi. that pagoh one. haha. kelakar.


haaaaa..yg ni korang kena jaga. jangan sesekali bgtau dyorg yg korang syok dekat dyorg. watlek watpeace je. kawan macam biasa. macam kawan2 yang lain. korang try lah buat. manusia ni, dy boleh rasa tau kalau ada orang dok tengok2 dy. usha slow2 lah. tapi korang jangan lelebih pulak. sikit2 je. mau orang tu menyampah pulak dengan korang nanti.

then, kalau tiba2 korang tau dyorg dah tersangkut dengan korang pulak macam mana? sabar kawan.sabar. jangan gelojoh. haha. kena play hard sikit. tak mau tunjuk hang suka dekat dia. besar kepala lah dia. bila dyorang tiba2 je bagitau korang dyorang punya feel dekat korang tu, apa korang perlu? 


ayat yang perlu digunakan :owhhh. ye ke. I pun suka U. tapi dulu lah. 

Kcing ! Kcing ! maka pancingan akan mula mengena. haha dyorang akan rasa menyesal pasaipa depa tak ayat hang awal sikit. haha *cehh. main taram jadi bahasa apa dah tu* time tu lah tawar menawar. tarik tali. lari dalam guni haaa. segala jenis sukan keluaq lah. haha

tapi. tapi. tapi. tapi. kalau tiba2 kte tau, si dia sudah berpunya? :O OMG ! HOW COME MEYHH ! relax je korang. chilllaxx.. apadehal. kte kena belajar tenang. tarik nafas, dan hembus. memang sedih pedih sikit lah. saya pernah je rasa. tapi apa saya buat?
  1. calm down
  2. go with the flow
  3. find another CRUSH. haha
tapi serius lah korang. memang pedih. tapi saya dalam golongan tabah lah. and bila dah tau kebenaran yang pahit itu. *cewahhh* haha mulalah mempositifkan diri sendiri.

contoh ayat paling cliche : nak buat macam mana, dah takde jodoh. haha

serius. confirm semua orang pernah buat. kan? kan?

anyway, semoga sedikit sebanyak dapat membantu kalian ;)

Goodluck uoolls.
nhi

notakakianlima: actually rasa macam tak banyak sangat pun tips, saja nak kongsi kisah hidup. nak kongsi kisah korang, persilakan tinggalkan comment. ;)




Tuesday, 5 November 2013

mengapa manusia benci-membenci.

hai.

tajuk perbincangan hari ini berkisar tentang HATERS. dalam erti kata melayu nya, pembenci-pembenci.

eh. betul ke? betul2.

mesti semua orang pernah dengar perkataan tu kan.

saya selalu jumpa perkataan tu kalau tengah stalk instagram retiss. Haha

TAPI. haaa. ni yang korang tak tau. tak perlu jadi retis pun kte boleh ada haters tau.

berbalik kepada tajuk entry hari ini. jadi korang rasa kenapa?

menurut kajian saya yang tak berapa kaji ni lah kan, antara sebab manusia menjadi haters ialah:

1. CEMBURU

2. IRI HATI

3. DENGKI

4.  SAKIT HATI

5. MASALAH MENTAL. haha





korang boleh perasan tak, semua nya berkisar tentang hati. orang berhati gelap je yang ada masalah ni. tak boleh orang lebih sikit dari dia. terus nak benci. kalau kte kurang, maka kte tambah apa yang kurang. tak perlu memburukkan yang lain. tak baik tau kawan2. sempena tahun baru hijrah ini, tunggu apa lagi. jom cuci hati.







nampak tak yang tetengah tu apa dy kata. UKHUWAH. jadi kita kena lah sentiasa baik dengan semua orang. yang lain2 tu saya pun tak lah baik mana. tapi takpe. apa salahnya buat u-turn sikit dalam hidup yang mungkin dah semakin jauh ni kan. sebelum jumpa jalan mati, eloklah kalau u-turn sikit. tak gitu?

kemain tau iols. haha.

tapi anyway, SALAM MAAL HIJRAH dan selamat mencuba semua. :)


Monday, 4 November 2013

SAYA DAH GRAD. EH. MACAM LAMBAT JE. ;)

hai korang. time korang baca entry ni, iol dah habis diploma dah.

1hb 11 hari tu result keluar. Alhamdulillah. Syukur. nak tengok apa UiTM kata?

haaa. tu lah dia kata. COMPLETE katanya.

Ha? TS tu apa? entah. tak tau lah. "tahniah awak dah grad" kot maksud dia. haha

AD tu maksudnya anugerah dekan. ceyhh. macam poyo je. macam poyo je. hahaha

tapi kalau nak pakai selempang aummm aummm tu, dy tak tulis benda tu. dy tulis ANC.

Stand for ANUGERAH NAIB CHANSELOR.

Tapi kte tak dapat lah. Kawan kte ramai dapat. CONGRATS semuanya.

Sokay fiza. awak boleh. Kalau kawan awak boleh. awak mesti boleh.

Yeahh ! fiza boleh ! ke DEGREE kte menuju ! Haha

ok. dah. bye2. 

Wednesday, 24 April 2013

SEM BREAK X PART TIME X HOUSEWIFE

ASSALAMUALAIKUM

Amboi. Amboi. Dari cuti sem lepas ke cuti sem ni, baru dak update. Teruk nya. Haha

Habis final 11 April 2013, tapi saya balik 13 April 2013. Why? Ketiadaan pengangkutan. 

But its okay lah. Now i'm home dah. 

Berbalik kepada tajuk di atas. Saya dah bertekad dengan tekad yang jitu, 

nak kerja cuti ni. Dah pergi cari kerja dah pun.

Tapi sebelum tu nak kabo jugak, saya DRIVE ok. Saya DRIVE alone tau pergi tempat tu. 

Satu pencapaian agak cemerlang lah setakat ni. Hmmm.

Ok2. sambung balik. Hihi

Tau apa kerja tu? "kak, photostat ni dua eh."

Haa. Itu lah dy. Kerja dekat kedai photostat. *macam mana lah rupa aku agaknya* 

Tapi bila difikirkan balik. Saya tak ada masa untuk semua tu. Why?

Sebab saya sangat sibuk. *ya, kejap lagi ada orang akan bahan aku*

Bila saya mengeluh sebab buat 'kerja' yang saya sendiri willing nak buat dulu.

Mama akan selalu ingatkan, "awak jugak yang sanggup dulu kan."

Ya. Memang sanggup. Tapi sometime sangat penat. Badan tak penat. 

Otak ni. 

Mama pun ada cakap, takpe lah dari sini lah boleh cari pengalaman. 

Sangat banyak pengalaman. Rasa macam nak kena tambah memory. Tak muat dah.

 Akhirnya, saya decide untuk bersurirumah di rumah, sambil memikirkan 

dan mengerjakan kerja-kerja yang tergendala itu.

Okay lah. Nak share itu sahaja. 

Terima Kasih kerana menyinggah.

LOVE U ALL. :*


Sunday, 25 November 2012

My SUPERBLY HAPPY Holiday !

Hai ! Lama tak menyapa kannn.

Sebelum tu, nak share sebab terpengaruh layan Adam Hawa, I bagi uollss dengar lagu best ni. Ratu Dihatiku by Triad.

Haaa.

Nak mula dari mana ni. Actually just nak share my routine everyday. Guess what ? So Ohsem !

Wake up at 6.15 a.m. *lambat sikit 6.30 hehe

Menuju ke bilik air. Berus gigi 15 minit. *lama tak?

Solat Subuh *Alhamdulillah :)

6.35 a.m. get ready nak pergi joging *calit lipbalm sikit. kalau tak muka serupa Zombie ! Haha

Gerak dari rumah pergi tanjung area 6.45 lah. *mata sepet lagi. haha

Di pagi hari layan JOHARA baru masyuk !

Sampai sana warm up dulu. Ada yang mengadu sakit badan pulak nanti.

Actually tak joging sangat pun. Sebab abang sebagai pakar mengatakan elok berjalan laju daripada joging.

Boleh tahan lama jugak lah kalau dok berjalan je semata. Lebih kurang 1 jam lah 2 round. *lama tu

Tapi bila sampai rumah je melantak sarapan kemain. Acaner tu? Haha

Lepas tu layan cite Korea kejap. *sebab adik dah bukak

Dah penat layan cite, baru gerak pergi basuh baju pulak.

Habis je kerja membasuh, 

Haaaa. 

Masuk lah kehidupan remaja gua. 

Online

Online

Online

Online

This situation happen everyday. 

So, this is what I called My Superbly 'Happy' Holiday.


Thanks for reading. :)





Saturday, 28 July 2012

OWH, SAYANGKU SUPERWRITE!

Hari ni nak story-mory about SUPERWRITE..mula-mula sekali. ape itu SUPERWRITE? direct translate dia mungkin TULISHEBAT. HAHA.. main bantai je. entah lah, aku pun tak berapa nak pasti. tapi apa yang aku pasti, aku memang tak hebat dengan subjek ini. bila dekat kelas. CONFIRM aku akan terfikir, "madam, madam. madam ajar apa ni?" korang nak tengok macam mane yang dinamakan SUPERWRITE?


Baiklah kawan-kawan.. ini adalah risalah dari zaman purba. pasti anda tertanya-tanya. course apa lah yang aku belajar ni kan... OFC lah saya mengambil course yang berkaitan dengan SEJARAH kan.. dekat atas ni, salah satu risalah yang perlu saya tafsir. Sangatlah merepek perkataan-perkataan yang digunakan. SERIUS!


HAHA.. takde lah.. sebenarnya, ni lah superwrite. tulisan dia ala-ala purba sikit lah.. yang boleh faham tu boleh lah.. yang tak tu... hurmmm.... tak tahu lah.. dia memang pelik sikit.. ehh..bukan sikit, banyak sebenarnya. Seriously, otak aku memang susah nak hadam lah benda ni. orang selalu guna bila nak ringkaskan perkataan. kalau ada yang bercita-cita nak jadik SECRETARY, bolehlah cuba belajar dari sekarang. InsyaAllah. senang hidup korang nanti dunia akhirat. :)

OK2. ACTUALLY, modus operandi aku buat entry ni saja suka-suka je. almaklomlah..dah penat buat keje superwrite....ni pun tak siap-siap jugak. *konon dah wat entry ni, keje boleh settle ar. HAHA..

ANYWAY, THANKS FOR READING. :)

#owh superwrite, berdamailah dengan aku. aku dah buat entry pasal kaw ni taw.

Wednesday, 13 June 2012

HAPPY BIRTHDAY! :)

12 JUN
Assalamualaikum w.b.t.

Pada hari ini, ingin saya kongsikan kepada anda semua, tentang seseorang. HIHI. Pada tarikh yang dinyatakan diatas, merupakan tarikh lahir seseorang yang agak bermakna dalam diri saya. Nak taw siapa? meh sini kita letak gambar dia. HAHA.. celah mane pulak yang aku ada gambar dia.. HAHA.. saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yg ke-20. wahhh.. anda sudah berumur nampaknya.. nak kek tak? kek ni kita buat taw.. HEHE... *nampak beno nipunya.. haha



hurmm.. dah lama tak contact orang yg sambut birthday ni.. kalau contact pon tak, ape tah lagi nak jmpe kan.. mmg sgt mustahil lah kan.. semoga anda berada dalam keadaan sihat2 sahaja. :'). Bila dah lama tak contact, nak wish birthday pun.. debaran kian terasa.. HAHA.. dedo jugak lahh.. ni isi kandungan msj aku dan beliau.

hepi bsday.. :)   12.50a.m, Jun 12
Tq.v.m ^^,    2.18a.m, Jun 12
 HAHA... tu je pun nak kecoh kan.. ehh.. korang jangan main2, pujaan hati aku zaman muda2, zaman sekolah dulu weiyh.. mmg opkos lah aku teruja. walaupun cuma tu je yg dy rply.. itu pun dah cukup dah.. tak mengharap lebih-lebih pun. *ceyh.. yelah tu kan.. :)

ok lah, macam dah tak tahu nk ckp ape lagi.. akhir kata, saya mendoakan anda panjang umur dan dimurahkan rezeki ye.. wahai PUJAAN HATI saya. HIHI.

THANKS FOR READING.

p/s: berikutan jadual kelas yang agak ketat, nk update post ni pun sampai tak sempat.
ok lah.. minta diri dulu.. :)